cuma satu 💖

 cuma satu


pada aku

di mataku

cuma kamu yang satu

tiada dua,pertiga yang lain.


pada aku,

cuma kamu duniaku

tiada kamu matilah aku

sendiri,meronta,terbiar.


pada aku

cuma kamu yang pertama,

utama dan teratas

jika kamu pamitan pergi

biarlah aku menurut jua.


pada aku,

sejauh apa aku menapak

berpergian jua kamu bersamaku

ibarat terbias mentari

malam terbias rona cahaya.


kelip malam

jika benar

memang namanya takdir

mahu menyatukan kita

cuma waktu tidak tertentu.


#hikayat puisi lapar.ketika ini,sy berharap adanya juadah tersidang🤣🤣🤣🤣🤣🤣



Comments